Halaman

Mukadimah Alu-aluan.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia buat semua... Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda dan anda dan anda kerasa sudi melayari blog pttj13.. Blog ini hanyalah sekadar tempat untuk abe atok berkongsi maklumat dan ilmu dengan setiap pengunjung, mengenai mesin2 PTT dan maklumat2 lain.Sekiranya ada sebarang komen atau maklumat yg ingin anda kongsikan, hubungi abe atok melalui email, atau boleh direct call no yang tertera.Harapan abe atok semoga anda cerio sokmo walaupun dimana anda berada. Jaga kesihatan, jaga pakaian, jaga makan, jaga badan...hee..hee.. Salam, Abe Atok Opss..kalau nak download lagu2 nasyid terbaru dari kumpulan Rabbani..KLIK SINI.

Sejahtera Keatas Kamu

06 Mei 2010

Sejarah Kebun Atok (J13)

Setiap org mempunyai sejarah perjalanan masing2, begitu juga aku. Sebelum aku memulakan pekerjaan aku sekarang ni, aku bekerja kilang selama lebih 15 tahun, Kerja makan gaji beb. Nak buat macamana, aku takder sijil, harapkan sekeping ijazah sarjana muda SRP jer..hu..hu..ape pun tak boleh. Orang lain paling komang pun SPM, Memang ditentukan Qada dan Qadar aku, selama aku kerja dikilang electronik selama lebih 15 tahun tu, aku gunakan untuk memulakan pekerjaan aku sekarang, hasilnya lebih kurang jer dengan gaji terakhir aku masa last kerja dulu tu, bezanya pengalaman lebih mencabar dan aku dapat lari lari tekanan atasan aku, kronisme..tertindas..tapi siapa mahu denar suara seorang pekerja kilang?Mereka lebih dengar suara majikan dari suara kita. Makin berpegalaman, makin bijak korang kendalikan kerja korang, makin r sepupu sepapat menggunakan tekan saikologi. Oh bangsaku...Oleh sebab itu aku lepaskan jawatan aku walaupun aku salah seorang pekerja paling senior kat kilang 2, mau tak punch card aku 0002? Aku lepaskan jawatan maka aku lepaskan gaji 4 angka aku tu..tapi aku gentleman, aku buat secara baik seperti mana aku mula temuduga kerja tu dulu, aku tak bencikan tempat kerja aku tu dulu, tapi pengurus telah bertukar warna hingga sebahagian jadi kucar kacir..lagi plak aku tak cukup bukti mengenai banyak penyelewengan berlaku dikilang 2.. ah..biarkan, sepandai-pandai tupai melompat pasti akhirnya ketanah jua..HR..OH..HR..hidup mewah dimakan sumpah.
Aku mulakan projek aku ni secara berperingkat, Aku ambil cuti, aku pergi daftar syarikat, orang pergi makan aku pula pergi cari dan beli spare part. Hari2 nak balik pak guard tercegat, sebab bonet keta aku penuh dan padat..Masa tu aku buat repair kecill-kecilan jer, mana ada member2  ada hanhphone rosak, dia org bagi aku buat. Charge pun kira kawan2 jer. Sbb masa 2 mana ada tanggungan, nak bayar sewa kedai, bil api, bil air dan mcm2 lagi r. Kat rumah aku buat, kadang2 tidur lewat, kadang2 sampai tak tidur, hu..hu..hu.. Lepas pada tu aku tekad, berbekalkan gaji terakhir aku dengan seutas dua barang kemas bini aku, aku jual buat modal, besarkan projek aku ni, dah la suku dari gaji bulanan aku boleh dikatakan aku belanja utk beli alat2..kesian bini aku, org lain sampai nak patah leher dek kerana barang kemas. tapi bini aku yang cap ayam pun tak der..tapi isteri aku paham kehendak aku, lagi pun aku bukan buat berjudi. Bila betul dah confirm, aku letak jawatan, fokus sepenuh masa projek aku ni. Semua adik bradik aku, keluarga belah isteri aku tentang habis apa yang aku buat. Ah..lantak r diaorang nak cakap ape, selama ni aku tak makan, aku berlapar, aku sakit demam, ada ker dia orang datang jengok aku?? Oh tidak...lagi sekali..oh tidak..beruntungnya aku kerana seorang teman yang sentiasa berada disisi dikala aku mengalami apa juah keadaan dan situasi, isteri aku. Dia tak penah bantah kemahuan aku, malah dia yang selalu beri semangat dan sokong pada aku. 


Kalau korang nak tahu, Inilah tempat mula sumber ilham, ilmu, inspirasi dan rezeki buat aku..aku panggil makmal, work station aku, walaupan tak seperti makmal..masa tu kat bilik rumah aku.. Balik dari kerja, aku mengelamun, aku berfikir aku cari idea dan sumber kat dalam bilik ni.. Aku keluar pun bila terasa lapar dan menunaikan apa2 kewajipan lain.




Setelah yakin dengan sedikit semangat dan kebolehan yg ada, aku terus melangkah kedepan, keluarkan modal menyewa kedai yg mana ruangnya aku pikir cukup bagi mencapai kemahuan aku, dan meluaskan pasaran projek aku, Alhamdulillah, setelah penat mencari kedai utk disewa akhirnya jumpa gak. Nape r asal org kelantan nak buat ape2 susah. Cuba tanya kawasan melayu ramai, kot2 ada, tapi bila dengar slang aku jer terus cakap dah ada org sewa, pergi kawasan satu tempat kat dot..dot..dot, berdekatan tempat aku sekarang ni, kedai dibawah selian belia, pun sama..Katanya peruntukan hanya untuk belia kampung tu jer, tapi sekarang ni aku tengok, cha ya nun alif amik satu kedai, kaf lam ya nga satu kedai, lagi sakit hati Bangla boleh menyewa kat situ..bukan aku nak burukan pengurusan dia tu, tapi mana kata lambang timbang yang dia sanjung2?Tapi alhamdulillah, ketua kg ngan setiausaha dia tak pilih kenegerian, aku RESPEK dia org berdua ni, Wa caya Lu..!!
Ini r rupa kedai tu sebelum aku kerjakan. lokasi berdekatan dengan warung makan.menghadap arah kiblat.


Setelah mendapat kebenaran bertulis dari tuan empunya kedai, aku pecah-pecahkan, aku ketuk, aku pijak, aku paku, aku baling, dan segala macam kerja meranapkan harta yg asal dlm premis ni, dan aku mulakan dengan acuan aku, dibantu rakan aku..


Nota:-
Gambar diambil semasa aku sedang menerajang dinding agar aku merasai ruang yg lebih selesa.

Ini pula sumber dari bahan terbuang ni, aku rembat dlm tong sampah tempat kerja lama aku...almaklum r...modal ciput...hu..hu...hu., tengok r, dah jadi macam tongkang pecah.



Inilah hasil seni pertukangan aku, bidan terjun..tapi nasib baik r plan buat display cabinet tak jadi reban ayam...sumber dari bahan buangan.




Maka terhasillah sesuatu yg selama ni aku pun tak jangka aku boleh buat,mungkin kerana semangat yg membara dan "berkuba-kuba" (loghat kelate), mungkin juga aku dalam keadaan terdesak..




Masa amik gambar ni, mata aku rasa sejuk...sesejuk hati aku kala tu..tak sangka pomen pok punoh macam aku ni dapat menyahut cabaran ayah aku, terima kasih ayah, kata2 semangatmu tidak pernah membutkan rasa putus asa..Ismail Mohd Amin..(Felda Chiku Dua) rumah depan masjid.




Nasib baik r ada member yg sudi sedekahkan baner hotlink sekeping dua, jadi boleh r aku tampal kat kebun aku ni, sekurang-kurangnya orang yg lalu lalang tahu, kebun aku ni jual barang2 keperluan berkaitan alat2 tambahan telekomunikasi..penah gak aku cuba mintak ngn budak2 ejen pembekal talian mudah alih baner atau banting2 yang berkaitan..dia 'royak', demo nak keno ado bore tu, bore ni, keno isi bore tu, kena tandatangan surat ni, tapi perkara yg tak best skali bagi peniaga modal ciput dan yang baru nak blajar ni macam aku ni..."keno tubek pitih"...tup..tup...trima kasih la abe...mulut aku kato...




Akhirnya aku dapat gak baner yg besau2 mcm aku gantung kat kebun aku ni..itu pun dari pembekal aku punya supply topup, tu pun berbuih mulut aku dok mujuk amoi tu...agaknya dia kesian tengok muka aku, tak pun kerana dia bosan nak melayan pertanyaan aku setiap kali jumpa dia untuk amik topup...Alhamdulillah....Bukan senang mau senang..tak susah mau susah...


Jangan kamu berlagak pandai dikalangan orang2 yg bodoh, tapi berlagak bodoh dikalangan orang2 yg pandai..paling teruk kalau ko memandai-mandai..kata ayah aku kat aku..hu..hu..hu..


Salam Satu Malaysia
Abe Atok

Amazon.com