Halaman

Mukadimah Alu-aluan.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia buat semua... Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda dan anda dan anda kerasa sudi melayari blog pttj13.. Blog ini hanyalah sekadar tempat untuk abe atok berkongsi maklumat dan ilmu dengan setiap pengunjung, mengenai mesin2 PTT dan maklumat2 lain.Sekiranya ada sebarang komen atau maklumat yg ingin anda kongsikan, hubungi abe atok melalui email, atau boleh direct call no yang tertera.Harapan abe atok semoga anda cerio sokmo walaupun dimana anda berada. Jaga kesihatan, jaga pakaian, jaga makan, jaga badan...hee..hee.. Salam, Abe Atok Opss..kalau nak download lagu2 nasyid terbaru dari kumpulan Rabbani..KLIK SINI.

Sejahtera Keatas Kamu

25 Mei 2010

SETTING TATARAJAH PTT PERIBADI

Bagaimana untuk melakukan seting Push-to-Talk peribadi.?
Haa...ni citer best skit dari yg lepas2, j13 bermurah hati ngajo a'atok, cara2 dia, jadi a
atok citer r plak kat korang yg mana a'atok tahu..korang nak tahu x? xnk tak per...a'atok TAK KISAH, lg pong bukan a'atok jer yg tahu bab2 ni, tp kalau yg mana nak tahu boleh guna cara ni..
Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, Tekan buton 'Menu', pilih setting (Icon Spanar), pilih tetapan tatarajah, Pilih tetapan tatarajah peribadi (Personel configguration setting), Tekan Pilihan (Option),pilih tambah baru (Add New), Pilih My Push-to-Talk. Kemudian ikut arahan dibawah: Account Name: - Apa saja nama anda boleh masukkan termasuk nama anda sendiri (Nama Atok Pong Bleh)
Server Address: - 10.213.59.37 (Server add mesti btul, kalau tak, mcm r satu kes 2, umah dia kat lain, alamat dio kat lain, ksian a'atok tengok posmen tur, fening..fening..
Port No: - 5060 (Port no a'atok tak pasti plak, tp atok tak ubah2 apo, klau ikut std port no maxis 80, tp bla atok biarkan no ni, tgk xder masalah plak...ok jer, ada yg letak port no 65535, agk2 makin banyak no ni, makin power, boleh melantak2 dlm chanel ko, apo2 pong boleh r... User Name: - Masukkan no tel anda bermula angka 6 di hadapan, angka 6 menyatakan kod komunikasi bagi Malaysia contohnya; 60172345678 (ado gak yg takdop pitih, tp nk guna servis ptt, dia masukkan no org lain, dia org panggil cangkup/cangkut, ish..tak reti nak sebut..tapi kalau hentikanlah perangai mcm ni, klau kita tak mampu, wat r cara x mampu, jgn nak menyusahkan org lain.. Password: - Masukkan Password jika ada, atau ko bagi simkad ko kat atok, atok pecahkan, pastu atok pos r blik kat ko..tp biaso r kan, ado khijo ado gaji****** (6 angka), - Sahkan password sekali lagi. Domain: - poc.maxis.com.my (Jgn plak ko pandai2 nk letak nama lain, sbb kat malaysia ni, maxis jer yg menyediakan khidmat ni, hok lain2 a'atok dok tahu r bilo..ko guano? Difault nikname: - Biarkan kosong (Atau anda boleh masukkan nama yang anda selalu atau sering gunakan. - Sekiranya anda buat call 1 to 1, nama ini akan dipaparkan, pada mesin pemanggil dan penerima. (tp ada gak yg letak nama mcm ni: *%%%%%*%%%%909%%%%%%%%%, fuyoo...banyaknya bunga, katanya klau org cangkut no, 3 kali dia wat, mesin dia leh meletup..mmmmm...btul kerr? yg atok nampak, klau trima chanel baru, lupa nk tukar nama lalai 2, makanya nama kita guna dlm chanel tu..x gitu?? Use preferred asscess point: - No (Tetapi sekiranya mesin anda menggunakan 'firmware' version rendah, bahagian ini tidak dipamerkan.) Access point setting: Tapi bahagian kalau korang malas nk isi, kalau yg atas td betul, kompom korang leh on PTT...yea...yea.. - Proxy: Enabled - Proxy Address: 10.213.59.37 - Proxy Port: 5060 - Data bearer Packet Data atau GPRS (Jika mesin anda menggunakan 'firmware' version rendah. - Bearer setting Packet data access point - "unet" (untuk 3G), "net" (untuk 2G). Authentication type - Normal User name - Masukkan no tel anda bermula angka 6 di hadapan, angka 6 menyatakan kod komunikasi bagi Malaysia contohnya; 60172345678 Password: - Biarkan kosong sementara Pastikan segala data-data diisi secara betul, kemudian pergi semula pada bahagian tatarajah peribadi (Personel Confirguration), Tekan button pilihan (Option), pilih aktifkan (Activate). - Untuk memastikan keberkesan atau password yang akan digunakan boleh berfungsi atau tidak, anda digalakan membuang tatarajah asal yang anda terima dari maxis. Kemuadian anda pergi bahagian 'PTT', pilih Tatarajah (Confirguration), pastikan ianya menyatakan tatatrajah peribadi. Keluar semula, kemudian cuba 'ON PTT'. Apabila PTT dihidupkan, anda akan dapati no telefon anda akan dipamerkan, Tekan 'OK', selepas itu kata laluan (password) diperlukan, masukkan kata laluan yang kami berikan atau kata laluan anda. Tunggu sehingga icon hanphone berpalang di bahagian atas screen hilang. Sekiranya GPRS dilokasi anda setting terlalu rendah, berkemungkinan proses menjadi lambat, OFF mesin jika perlu atau anda Cuma perlu Off PTT, kemuadian On semula Nota:- Sekiranya masih juga mengalami masalah sama, cuba periksa semula bahagian setting tatarajah peribadi. Kerana sekiranya berlaku satu kesilapan data yang dimasukkan walaupun satu titik, boleh menyebabkan seting tersebut gagal berfungsi. Dan sekiranya keluar perkataan "Salah nama pengguna atau kata laluan yang anda masukkan adalah salah. Sekiranya ini berlaku, apa yang anda perlu buat adalah:- Pilih PTT, Kemudian pilih tatarajah, pilih bahagian nama pengguna (User Name), padam no telefon yang anda masukkan, kemudian tekan OK. Keluar dari bahagian tersebut, kemudian ON semula PTT, selepas proses ini, anda diminta masukkan nama pengguna, jadi masukkan no telefon anda bermula angka 6, contohnya:- 60172345678, kemudian anda diminta memasukkan kata laluan secara betul. SELAMAT MENCUBA DAN TAHNIAH SEKIRANYA ANDA BERJAYA MELAKUKKANNYA. Berilmu tak beramal adalah salah..Beramal tanpa ilmu dikira sesat.
Abe Atok

21 Mei 2010

YANG KURIK ITU KUNDI YANG MERAH ITU SAGA.


Salam buat semua, alhamdullillah, syukur ke hadrat illahi, a'atok dapat menikmati pemandangan indah, cuaca yg baik, makanan sekadar rasa, minum seteguk 2 dari rezki yg DIA bagi, Syukur tak terhingga padaNYA, kerana masih lagi memberi peluang utk a'atok merasai kenikmatannya.
Dan a'atok ambil kesempatan mengarang sedikit sebanyak untuk mengisi ruang kosong dlm blog ni, sekadar pengetahuan am bagi pengguna2 PTT di Malaysia. Andai kata apa yang di karang tidak menepati keputusan atau jawapan sebenar, berilah ulasan, pendapat atau komen2 yg membina, mungkin itu boleh meningkatkan pengetahuan a'atok, dan mungkin juga pelawat2 yg lain blog ini..Almaklum saje, a'atok bukan pakar, atau lebih sedap dipanggil sifu dlm perkara2 atau barang2 atau part2 atau juga 'Firmware' yang mana lebih kaki2 PTT sering mengangap, 'Software'. Kalau di ambil kira, yang jelas adalah firmware bukan software, kerana software adalah sejenis applikasi yg boleh diubah, ditokok tambah menggunakan gajet/mesin itu sendiri, sedangkan 'Firmware' perlu menggunakan alatkan tambahan atau alat sokongan lain, contohnya komputer, 'Flashing Cable',Connector pin..yg paling memeningkan kepala 'Flashing Box'. Peningnya kepala jika kita tidak pernah menggunakannya..begitulah alkisahnya...lagi yang membuatkan pening kepala...harganya, lum termasuk 'Firmware' lagi, setiap model telefon, menggunakan 'Firmware' yang berlainan, version juga berlainan, PPM file juga berlainan...ish..fening tul kpala..isnyaallah, andai kata dimurahkan rezki, dipanjangkan umuq, lain kali a'atok cerita ngn lebih jenis..kdng2 a'atok sendiri susah nak gambarkan, ape lagi nak karangkan...sebab 2 ada krusus2 untuk perkara2 mcm ni, tapi biasa r, semuanya berbayar..klau x slah sbulan pling murah, itu yang mana a'atok pnah tanya r, Rm650.00, tahap mana pembelajarannya a'atok tak pasti r..mungkin lagi detail atau jelas, dari segi teori dan pratikal..a'atok ni lebih pada teori jer..pratikal atau RnD sdiri, sekadar mengisi masa lapaaaaaaaaaanng...tp tak per la kan, a'atok sumbangkan sikit ilmunya, engko sumbangkan sikit, dan yg lain2 sumbangkan skit..boleh?boleh?boleh? ati pong suker....
Untuk tatapan korang, benda alah (gambar2) yang kat bawah ni, a'atok wat RnD time masa lapang r, jadi terhasil alat tu, yang mana a'atok bagi nama dia, 'Kabota'. sebab bila a'atok tengok masa mula2 siap, rupanya lebih kurang mcm 'Kheto Galo',..
Jom kita explorer...
Jeng..jeng...inilah yg dinamakan 'Kheto Galo' atau 'Kobota' a'tok..
Direka cipta khas untuk model, nokai 6070, 6080, 6111, 6101, 6020, 6021, 3220...model tu jer atok pnah test utk alat ni, tapi paling sesuai dan serasi, nokia 6111..sebab 'volume' atau penguat suara kita boleh kontrol padanya...
He..he..terpaksa ikat ngn getah, sbb masa tu lum siap sepenuhnya, dok main bukak pasang ari2..wlaumacamana pun masih tampak bergaya.







Ops...ini pandangan belah kanan dia, ada buton on/of mic, button 'Bro-Nar', Button Aut(o)a-Q, botton lock untuk 6020/6021/3220..
yang korang nampak kat bawah tu, itu untuk mengepam...
kdng2 boleh kuar air kalau korang pump tak brenti-renti..kuar air peluh kat jari tangan tur...apo2 pong boleh r...




Ni r mesin2 yang lulus menjalani ujian keserasian ngan 'Kheto Galo' ni, kadang2 kalau kita PK, kereta lumba jenis Ferari, atau apo2 jenis kreta super power kat dlm dunia ni, klau la kita diberi peluang pandu wat racing, blum tentu kita menang dapat no 1, wlaupun dh disahkan jentera dia Power giler..dlm PTT ni pong lebih kurang g2 gak r..kalau masuk ruangan melingkup, klau korang bayar lebih roktek dia untuk sbulan sekali pun, nak melingkup, melingkup gak..itu kata j13...


Lagi satu, kelebihan "Kabota' ni, atok pasangkan juga 3.5mm phone jack, mana r tahu..kot2 korang penat nak berojer, korang nak menyakitkan ati..benda lah ni boleh sambung direct ngn nset2 lain yg seangkatan dan sama waktu dengannya..sepertimana korang tengok gambar ni..klau korang nak wat sistem mcm ni, xde masalah cuma kena buat satu suis yg mana bila korang guna gajet lain, microphone kena off, kalau tak, bunyi lagu, atau ape sound effect yg korang perdengarkan kurang skit bunyi noise dia..(Bunyi angin, suara luar), volume pada alat sambungan jgn set pada top high, nati bunyi yg diterima oleh penerima, rakan2 pendengar terlalu bising, disebabkan "mylar' atau plastik speaker pendengar cepat rosak..seperti mana kata j13, tp kalau betul korang nk rosakkan rakan pendengar punya speker mesin dia, a'atok ada alat tu, tapi j13 tak bg atok test, sebab dia kata, klau kita wat baik ngn orang, isyaallah dibalas dengan kebaikan, begitu juga sebaliknya..ni a'atok myampah ngan j13 ni, dia crita mcm2 ngn a'atok, tapi dia x bg a'atok test plak..wat myakitkan ati tol...emmmm..hampeh...jadi x bleh r a'atok nak cerita yg selebihnya..sbb dia crita stakat tu jer, a'atok nampak skali benda tu kat tangan dia, tapi masa 2 a'atok mana r tahu alat 2 untuk ape..nati a'atok pujuk2 dia, kalau dapat a'atok post gambar dia..kita share tengok...nak?...nak..? ati pun shukerrrr....

Ader satu ari tu, a'atok bertandang kat umah j13, dia tak jemput datang pun, tp a'atok saje nak wat suprise...(pssstttt...sebenarnya a'atok nak curi tengok apa lagi alat2 dia guna...nak korek rahsia la katakan), Yak...yak..yak.. jgn plak yg mana kenai ngn j13 tu bagi tau ngn dia yg a'atok nk korek rutin dia, mesin ape dia guna, apa barang dia pakai, wlaupun mesin2 dia bukan power pong!!, sbb j13 kata yg power bukan mesin, tapi 'Power Ragers'...kuang, kuang, kuang...apo pong tak boleh r j13 2..terkena gal a'atok ari 2 ngn dia, tapi a'atok tak kisah...a'atok dh plan nak kenakan dia balik..tengok r nanti.... ops..ke lain plak melalutnya, ni haa..a'atok nk citer pasai benda dlm gambar ni ha...a'atok pun tak tau apo ko bondo bendo aloh 2, tapi dia kato ngn a'atok, bendo tu namonyo komputer ribo, nama jah mcm 2, tapi a'atok tengok dia latak kat atas meja, a'atok penah tanya dia, nk wat guna komputer, kitakan cuma guna mesin, utk rojer-rojer, jd utk apo plak? Mula2 tu dia tenung muka a'atok lama2, tenung mata a'atok yg tuo ni dlm2...napo? jatoh cinto?
j13 ckp ngn a'atok."Biar kito tuo, jgn akal mudo, jgn blagak mudo, kalu kito dh tuo, nanti mudah lupo.."
"Ish..ke situ plak dia, orang tanya betul2, dia main2 plak..",
"Ishh..kalau ikutkan ati saya la a'atok, saya tak nak bagi ilmu ape2 kat a'atok." kata j13.
"Sampai ati ko..."
"Iyo r...cuba a'atok tekan tetikus komputer 2, chek smula kat perenggan atas"
"Nak wat apo, dah sampai sini, dah nak abis taip ni, nak kena check smula ker?, ini yg maleh ni..." nak kena check blik smula ker..?
"Blakang parang bukan sekali asah jer, boleh terus tajam".
Iskkk...yer tak yer jgk, cuba r korang tolong chek perenggan kat atas tu, a'atok dh penat ni..mata pong dh ngantok ni, esok nak noreh lagi..
Kalau macam tu a'atok cau lu r..
Opss...nati lain kali a'atok citer satu rahsia besau yg j13 ajar kat a'atok, korang pong tentu shuker...pasai PECAH PASSWORDS'. korang nak tahu? kalau nk tau wat mcmana, korang kena join sebagai ahli dan sentiasa mengikut blog ni, lepa mata j13, a'atok citer r mcmana..
K r..a'atok mintak sowi bebanyok eyo...
Stakat ni dulu yo..
Nenek dh jeling2 kat blakang tur....ish..ish...

Salam windu muah...muah..
Abe Atok
Ops luper r pulak nak kongsi satu perkara lagi.
Yang ni bukan pasal ilmu, tapi perkara tentang tidor bangun, duit tetap masuk kalau kena cara. Ini bukan cerita main2, bukan dugaan bukan segaja reka2..tapi biasa r, kalau suruh citer bab macamana nak ubahsuai mesin ptt, tahu r jgk skit2, tp bab2 perkara yang x berkaitan ngan mesin ni, lemah skit r nak citer, tak berapa pandai, salah tulis, salah cakap, bab berkaitan duit ni...walaupun kita terlupa bayar utang dia 5 ringgit pun dia jaja satu Adun..hu..hu..terselit politik r plop..maleh r nak citer panjang lagi. Nak g sambung potong body mesin plak, korang tengok dan baca sediri r, kalau nak tahu macamana caranya..KLIK SINI, baca sendiri dia cakap ape..
k, cau....

18 Mei 2010

Peristiwa Malam Itu...

Seorang pakcik tua, mengerut ngerut dahinya, peluh mengalir dikening, tuala yg tadinya diletakkan dalam poket seluar usangnya, dilipat dua, kali..dikeluarkan dan sambil mengeluh dia mengesat peluh yg berkeringat suam.
"Engko ni dah r tua, selalu uzur, eee...menyusahkan aku", bebelnya dalam hati..
"Dulu masa aku kenal engko, cantiknya ya amat, hinggakan depan orang ramai pun aku tak segan silu, nak gosok2 engko ni, tapi sekarang ni, isk...kalau org tanya sapa punya...walaupun tanpal nama aku sekali pun kat dahinya, aku tetap tak nak mengaku engko ni milik aku"sambung hati kecilnya...
Tapi bila mengenangkan jasamu, budimu aku ketika aku kesusahan, dikala aku memerlukan, engkaulah yg pertama aku harapkan, ketika panas dan ketika hujan, diketika aku kelaparan, dan diketika aku kesepian..engkolah harapanku..
Di kegelapan malam, dia bersendirian... walaupun kenderaan lalu lalang di Highway tak putus2.
Termenung sejenak,
"Ish..mana plak aku letak pemetik api tadi, rasanyanya aku simpan dalam poket tadi".
Diraba raba bahagian belakang, hanya dompet lusuh, jenamanya pun dah tanggal..kalau tak salah dia beli kat pasar malam 2 tahun yg lepas...
Diraba bahagian belakang..
"Emm...patut r, kocek aku tiris,..ape pun tak boleh" rungut hati tuanya..
VROMMMM......
"OPOCOT MAK KAU"...terkejut beruk pakcik 2, maunya tidak..alih2 datang seorang pemuda dengan gaya lagak hero dalam KL Driff tu..dengan driff car'nya..penyerap bunyinya leh wat terkena sawan babi..
Mamat 2 kuar dari kereta sportnya, lengan baju disising..
"Ai...malam2 buta pun pakai cermin mata gelap, keturunan Raja Bersiung ker ape mamat ni?" tanya hati tua kepada dirinya.
"Napa Pakcik?", tanya mamat tu..
"Takde ape2, saja jer makan angin kat tepi Highway ni,
"Isk..pakcik ni, kita tanya betul2 dia wat lawak plak".
"Habis engko ingat..aku sengaja tayang enjin kereta aku yang dah tua tu, kat orang ramai, dan kau ingat ada ker orang wat auto show kat tepi highway tengah2 malam macam ni? membebel pakcik tu kat mamat tu..
"Ye tak ye gak kan, lepak kat umah malam2 macam ni, lagi baguskan?" kata mamat.
"Hangin jugak pakcik ni"..bisik hati mamat tu.
"Ok..ok.., sekarang ni macamna?, jauh lagi workshop kat kawasan ni" kata mamat tu kat pakcik tu."Nak tunggu siang, kesian plak kat pakcik", sambung mamat tu.
"Pakcik ada ape2 tali? tanya mamat tu kat pakcik tu.
"Kalau pada pakcik sekarang ni ada satu tali jer, yang satu lagi tu dah putus" jawab pakcik tu.
"Tali ape yang ada?" tanya mamat tu.
"Tali Pinggang" jawap pakcik tu.
"Tali apa yang putus?" tanya mamat tu lagi.
"Tali Pusat,!" katanya.."Kau punya ada lagi?" tanya pakcik tu pulak.
Mamat tu tersengeh, cam kerang kena jemur, sambil geleng kepala.
"Tau tak pe"..jawap pakcik tu sambil tersengeh dan menampakkan gusi yang hitam kerana disebabkan rokok Nusantara hijau yang di beli kat kedai runcit "Warga Aceh" yang berniaga tak penah cuti kat kawasan perumahan dia.
"Ooo..baru saya teringat, kat dalam bonet kereta saya ada tali, jadi boleh la saya tarik kereta pakcik ni hingga sampai kat bengkel kereta yang berdekatan.."Kata mamat tu kat pakcik tu.
"Mana2 la nak, janji pakcik sampai" kata pakcik tu dengan nada yang semakin menurun, makin merendah diri, dari sebelumnya.
Mamat tu mangangguk tanda setuju.
"Jap eh pakcik"..Kata mamat tu sammbil menuju kekeretanya,
Dia membuka bonet belakang, kemuadian datang semula kearah pakcik tu..
"ALhamdulillah pakcik, mintak2 ini berguna", katanya..dan menuju bahagian depan kereta pakcik tu..
"Dah berapa lama pakcik beli kereta ni?"tanya mamat tu.
"Tak r lama sangat, campur tolak kali bahagi, hampir sepuloh tahun kot"..jawap pak cik tua tu.
"Saya tengok body ok lagi ni"..sambung mamat tu..
"Body memang ok, yang tak ok cuma enjin dia jer"..
"Tukar la pak cik, beli yang baru".
"Apa, engko ingat, setiap orang tu sama, dulu boleh r kata rambut sama hitam hati lain2, sekarang ni..duit poket asing lain2, rambut itam kaler jadi oren".
"Ish..pak cik ni sindir aku ker?" bisik hati mamat tu..
Mamat tu dia sekejap, tangannya mencapai capai bahagian depan kereta kancil putih pak cik tu..
"Kat mana peyangkup dia ni pak cik?", tanya mamat tu, sebab jenuh dari tadi dok teraba-raba bawah kereta kancil putih pak cik tu..
"Itu la engko, eksen, beli kereta import, tak nak yang dipasang didalam negara, haa..tengok ape dah jadi?"..Ni haa tampatnya!" kata pak cik tu.
"Kadang2 kita tahu barang orang, tapi tak tahu tampat kita, dan kadang2 kita tahu tempat kita tapi tak tahu barang orang".
"Ish..melalut r plak pac cik," rungut hati mamat tu.
"Aku tinggal kang! aku tinggal!" bentak hatinya.
Diam sejenak...
"Oh lupa, anak ni ada 'lighter'" tanya pak cik tu.
"Lighter tak de pak cit, tapi mancis ade la, nak?", tanya mamat tu.
"Ish..Budak ni kang!" bisik hati pak cik tu.
"Lagak macam orang kaya, tapi bali mancis, tak guna 'lighter'. bebel pak cik tu.
"Alah pak cik ni, yang guna mancis tu r baru orang kaya, guna 'lighter' miskin,
"Naper palak cakap macam 2?.
"Yer r..orang yang guna lighter ni, beli sekali, dia jimat sampai berbulan-bulan, tapi bila kita guna mancis, lepas guna sekali, terus buang, guna sekali terus buang". yang miskin, yang orang buang pun dia kutip balik". kata mamat tu..
"Ye..tak ye jugak" pikir hati pak cik tu.
Diam sejenak..mmmphh..
"Ok pak cik, macam ni" tiba2 mamat tu kembali bersuara..
"Saya tarik keta pak cik ni, hingga sampai distinasi, sekiranya saya pandu laju, pak cik main2 lampu tinggi, dan jika sekiranya saya tidak memperlahankan, pak cik bunyikan 'hon'. Ingat tak pak cik?". tanya mamat tu kat pak cit tu.
Pak cik tua tu menggangukkan kepalanya sambil menyalakan api rokoknya yg dari tadi melekap kat bibir tanpa berasap.
"Pak cik ingat tak pesan saya tadi?" tanya mamat 2 lagi.
"Aku ingat la, tua2 aku ni lum nyanyok lagi".
"Marah ker pak cik?"
"Tak eih".
"Ok la kalau macam tu gak, pak cik stanby dalam kereta, saya pergi tambat talinya kat belakang kereta saya".
"Iyo r".
Mamat tu masuk kedalam keretanya, bergerak dan berhenti dihadapan kereta kancil pak cik tu, dia turun, menambatkan tali peyangkut dibelakang keretanya.
"Bissmillahirahmanirrahim........".
"Ok pak cik, saya dak nak bergerak ni".
"Iyolah..iyolah, teruskan..."
"Oh hinguk2 la kepala..
Kasi releks lu punya jiwa..
Asik ho..ho..asik yei..yei..
mari menari..menari..nari...
Mamat tu pasang lagu kat dalam kereta dia..sambil bergerak2 perlahan menaiki lantai highway yg masih kepanasan walaupun jam telah menunjukkan 12.59 minit pagi.
"Dan sama2 penat, janji sama2 buat..
"Uwek...uwek..uwek"...
mamat tu goyang kepala..
Pak cik tua, terpaksa mengekori kereta mamat tu, cuma tak mengikuti mamat tu goyang kepala..
Bzittt...bzitt...bzit....
Bunyi ape la plak...
"Bisik ati kecil pak cik tu, di tolehnya kekanan..fuyooooooo....
macam bertuah r plak malam ni, yang tarik kereta aku sekarang ni...kereta janis mitshubisi EVO, yang kat sebelah aku, ni plak Nissan Skyline, Turbo..
Mamat yang mengiringi kereta pak cik tua tu, angkat2 kening pada pak cit tua tu, tapi sayang, time gelaop begini, bukannya nampak riaksi muka masih2.
VROMMM...Pzizzz...pizzz...
Mamat yg bawak keta Evo yg sengaja kelajuan disamakan dengan kereta pak cit tua tu..
VROMMM...VROMMM....Pzizzz...
Mamat yang sedang kat depan tu, terperasan ada sebuah kereta yg tak kurang hebat dengan apa yang dimilikinya sedang menunjuk2 skil pada pak cik tua tu..
"Hek eleh, ngn keta kancil, dah tu palak orang tua yang bawak, berani r dia tunjuk hebat...siap kau..
VROMMMM...Bzittttt...
VROMMM...Bzittttt...
Mamat yang sedang mengacah2 pak cik tua tu tadi mula terasa ada sahutan pihak ketiga, jadi dia menambahkan kelajuan keretanya menyamai kedudukan kereta mamat yang sedang menarik kereta kancil pak cik tua tu tadi..
VROMMMM...VROMMM....Bzittttt...
VROMMM...VROMMM...Bzittttt...
Mamat tu balas balik...
VROMMM....Bzittttt...Bzitttt...
VROMMM....Bzittttt...VROMMM...Bzittt..
Kedua2nya mempunyai sistem turbo, enjin tip top, masing darah muda, pantang dicuit, mula melatah mengalahkan pak cik tua tadi.
VROOMMMM...Creeeetttt...berkukok tayar kereta mamat 2, hangit bau tayar,.
Ish..ish...pak cit tua tu ngeleng kepala,
Apa nak jadi anak2 muda zaman sekarang,
Tak tahan asik dok kena bakar ngan mamat yang bawak kereta Nissan Skyline tu, mamat ni jadi hangin.
"Aku kejar..aku kejar engko".
Hati mamat 2 mula ditiupi angin bara lantas memanagkan badan serta menaikkan suhu telinganya, Terlupa akan dia, akan kereta Pak Cik yang ditarik 2...
"Oh Mak Kau"..
Kesan hentakkan Turbo Tork kereta mamat ni,
"Asterfirullahalazim.."
Mamat yg tarik kereta pak cik ni mula meningkatkan kuasa kudanyakeretanya...
Semakin lama, pak cik tu terasa makin laju, makin lama semakin laju..
Kini kedua2 kereta yg sedang bersaing dijalan mengegarkan dada pak cik vtua 2, mau tidaknya...
Selama ini tahap kelajuan dia bawak sama laju skit dari parah bawah angan tak sudah.
semakin lama semakin mendebarkan...
"Waduh...bisa ribut neh"...
Teringat pesanan mamat yang sedang menarik keretanya sekiranya dia terlalu laju..mainkan lampu tinggi, lalu pak cit tu, buat seperti yang disuruh..
Kerana terlalu asik kepada tumpuan pemanduan diatas paras melebihi kejauan 220kmh, mamat tu tidak menoleh kebelakang lagi, padanya dia mesti tunjukkan pada pencabarnya yang dia tetap juara, dan pasti mengatasinya...
Pak Cik tua tu semakin gelabah..makin tak karuan..mau tidaknya, walau telah dinyalakan lampu tinggi berulang kali, mamat yg sedang menarik keretanya naik gila tu, masih lagi tidak memperlahankan keretanya malah menambahkan lagi kelajuannya..
Pakcit 2 teringat pesang yg kedua,
jika dia terlampau taksub kelajuan, maka bunyikan 'HON'..
Lalu pak Cik tu, pantas menekan 'Button Horn yang melekat kat stering.
Ponnn...Ponn..Pon...sambil lampu tinggi dimainkan juga..
Namu mamat 2 masih tak perasan malah menambahkan lagi kuasa kudanya..begitu gak ngn pakcik tu..dibunyikan HON, dan dinyalakan lampu nya serta diiringi, berselang kali dan berulang-ulang..
:"Bilik Gerakan dari 31 terima over.
"Bilik Gerakan dari 31 dari bilik gerakan pangilan Over"...
"31 dari bilik gerakan pangilan Over"...
Bunyi dalam semak berdekatan lokasi perlumbaan tak bedaftar tersebut..
"31 dari tempat menoreh, terima dengan jelas lagi nyata, terima oVer.
Satu laporan ingin dibuat, terima over"
Ye..yer..yer...Terima, Over...
31 mendapati ada perlumbaan haram dilakukan di jalan berbayar menuju hala dari utara menuju selatan, terima over"..
"31, sila laporkan kenderaan yang sedang menguji tanaga dijalan berbayar tersebuit, terima over."
"Didapati sebuah kereta bertaraf lumba berwarna biru dengan sebuah ganding bewarna merah sedang "Hangat Dipasaran.
"Teruskan memerhati dan melaporkan, teriam over..
"Oppppsssss...Opssss...pembentulan bilik gerakan,terima Over.
"Bilik Gerakan mungkin tidak percaya akan laporan berikutnya", terima rojer..
"Ye..ye..berita terima dan paham: rojer
"Bukan dua, tetapi 3, yang mana sebuah kereta kancil bewarna putih sedang mengikuti rapat dibelakang kereta 'Mitshubisi Evo"siap menekan2 'Hon' serta menyala-nyalakan lampu tinggi"
Seolah ingin memotong kereta Mitshubisi Evo tersebut".....
....................
he...he...he...
Just Joking,
Salam 1 benua
Dari
Abe Atok
j13

Chanel Perang

Salam, Boona dias wat smua..
a'atok cam boring skit r ari ni..mud plak xder..
mengenangkan pesawat atok wat hal..opo pn x bleh..
nk mengepam mesin ptt pn sama xde mud..
sian kt mesin atok..dh 2 ari atok tak gosok belai dia...
cuaca ari ni pun panas, air pun dh 2 gelas atok togok kt kebun ni..
sblum trun dari umah tadi, dh pekena nes o suam segelas,
sampai tpt maksu, singgah wrung pekena teh tarik plak..ditambah lagi
ngn mee hun spingan..alhamdulillah..rezki dipagi ari..
dok kat kebun sorang gini, kdg2 serabut wehhh...ditambah lagi dengan
ank2 jiran atok yg tegah memekak kt laman kebun atok ni..
apo pun x bleh.. tegur pun x dilayan...nk tengking kuat2 nanti berperang plak..
ngn mak dia, bapak dia tak pnah plak aku nampak yg mana satu..
eeeee....makin mlampau r plak...kan...kan...kan...
Citer pasal perang2, ni slain yg realiti kat luar negara nun..
kat malaysia ni pun ader gak..kaki2 ptt mesti dia kenai mana chanel perang ni.
bukan satu dua, mungkin berpuloh-puloh..
Orange gurl, parlimen, kelantan, sejati idaman, idaman hati, kapcai, mcm2 lg r..terbaru atok tahu parlimen bintulu..apo2 pun bleh r..
Perang dlm chanel ptt ni, walaupun lum penah atok dengar luka parah hingga bawak maut, tapi kesan perang saraf dlm chanel mungkin bleh blaku kot..sbb ape atok ckp mcm 2, sebab kdg2 bla atok on jer chanel perang..kalau setakat bunyi mcm2 ado la katokan..tak kisah sangat.. sbb yg mana masuk chanel2 perang ni baru betui2 PTT. (P)ersatuan (T)ebal (T)elinga..x gitu..?
mau x..kalau yg gegendang telinga nipis, boleh cair bukan setakat taik telinga, dengan gegendang telinga skali boleh haus..bunyi helikopter, kapal terbang..kapal selam, mcm2 kapal, siap ada bunyi ayam, itik, donald duck, kuda..ishhh...banyok bebeno plak..tak larat atok nk taip banyok2..atok dh tuan, jari2 banyak yg dah rapuh2.. Boleh gitu?
Smalm atok malas nk mengepam mesin onar atok, tp nk layan chanel perang..sajer curi2 ilmu bunyi2 dlm chanel2 perang ni..jd leh r atok follow..dapat idea baru, dapat produk baru, dapat produk baru, dapat jual, dapat jual dapat pitih..sapo toksir..??
Tengah2 dok paking2 dengar chanel 2, dok teliti2 mcm2 bunyi 2..tiba2 atok terdengar "SIAL PUNYA TUAN TANAH, TAKNAK MAMPUS, ANAK HARAM, **********************************tuttt......tttuttt...sensor sangat nk tulis, atok takut bdk2 bawah umuq terlepas kat ruangan ni..tak patut r plak kita yg dh menjengah abab ni mengajar diowang ayat bukan2...atok pandang screen mesin atok, nama dia x tertera r plak kt screen, biasa r..chanel2 perang ni server sychronize utk chek aktif member memang x btul, kcuali kau ko dok pump, reject, pump, reject, tertera r nama si mamat tu, e2 pun lpas mamat 2 melingkup msa, yg sambung kmudian, engko kena reject lagi skali kalu nk tengok simamat yg ke3 menekan.. ape2 pun boleh r..
Pastu atok nk dengar lg skali kot2 mamat yg bersuara tadi bersuara lagi skali..tak timbul2 gak, tapi yg timbul "13 Mei 69", atok bukan tak tahu tapi saja wat tak tahu..nak check aktif member nk tengok sape punya surat beranak sim dia x bleh..mesin atok ver tinggi, ver tinggi biasa r...leh hang mesin atok, pastu bunyi "tot", padam...apo pong dok leh..chanel 2 chanel nasik krabu, campur macam2, ada putih, ada itam, ado koko, ado cok'kelat..masin tawar jgn cakap r..jap ag tertera kat screen tulisan "cha" "ya" "no", dlm ati atok sah...situasi tegang perang saraf..ini x bleh jadi...iklan kt tv nampaknya cma tanggungjawab kerajaan, tapi kita sebagai rakyat ni blum tentu bleh amal cogan kata yg dilagukan...
Kdg2 e2 r yg atok PK slahnya kita sebagai pengguna PTT ni, ada pro ada kontra..tp sampai bla kita nak mcm 2, GP melingkup selama 2 ari kita rasa duduk x kena berdiri salah..tp kalau sikap mcm 2 berterusan mcm 2, mereka, mereka dan keluarga mereka yg bertanggungjawab berhak menghentikan servis PTT kat malaysia..bimbang medan perang ditalian PTT mangalir didaratan..sapo yg rugi? kito dan keluargo kito gak...Ish..ish...atok lagi susah ati..sbb atok cari makan ...apo2 pun x bleh..
huu..hu..jgn r wat mcm 2 kepada pengguna2 PTT, bukan atok sorang jer yg tak brasap dapur kt umah..mungkin ramai lg mereka2 yg cari mkn mcm atok..
Ni r alat a'atok wat cipta berminggu-minggu untuk main
dlm chanel2 perang atau chanel onar "Bro-NaR".
Kos suis utk pump jer rm40, check r kat RS Component.
Lum termasuk lain2 suis, button, phone jack 3.55 untuk input/output audio..membazirkan...tapi klau dh minat..kadang2 ayam serama kalau digoreng masak kicap sorang mkn pong tak cukup..harga dia sama mahal dgn motor sbijik, berbalaoi ka..?
tp jika dh hobi, krna kuali buruk berlubang tengah pun orang sangup korbankan duit, ape lg masa..tak gitu?
Nota: Kpd rakan2, sahabat2, sanak saudara, spupu spapat, waris waroh, adik abg, kakak2, adik bradik yg atok hormati, sayangi sesama muslimin dan muslimat dan sesama makhluk DIA yg ESA, jauhi lah perkara2 yg bersifat judi..krn ianya bisa membinasakan dirimu termasuk poketmu..
Salam 1 Malaysia,
A'Atok
(j13) http://pttj13.blogspot.com

11 Mei 2010

Bagaimana Nak Setting Tatarajah MMS Peribadi Maxis

Bagaimana untuk melakukan seting MMS peribadi.
Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, Tekan buton 'Menu', pilih setting (Icon Spanar), pilih tetapan tatarajah, Pilih tetapan tatarajah peribadi (Personel configguration setting),
Tekan Pilihan (Option),
Pilih tambah baru (Add New),
Pilih MULTIMEDIA Msg.
Kemudian ikut arahan dibawah.
Account Name:
- Apa saja nama anda boleh masukkan termasuk nama anda sendiri
Server Address
http://172.16.74.100:10021/mmsc
Use preferred asscess point:
No (Tetapi sekiranya mesin anda menggunakan 'firmware' version rendah, bahagian ini tidak dipamerkan.
Access point setting:
- Proxy:
Enabled
- Proxy Address:
202.075.133.049
- Proxy Port:
80
- Data bearer
Packet Data atau GPRS (Jika mesin anda menggunakan 'firmware' version rendah.
- Bearer setting
- Packet data access point
"unet" (untuk 3G), "net" (untuk 2G).
- Authentication type
Normal
- User name
Maxis.
- Password:
wap
Pastikan segala data-data diisi secara betul, kemudian pergi semula pada bahagian tatarajah peribadi
(Personel Confirguration), Tekan button pilihan (Option), pilih aktifkan (Activate).
Keluar dari proses tersebut hingga menu utama (idle Screen), Cuba tekan no 0, melebihi 5 saat, anda akan dapati proses sambungan antara data GPRS, tunggu sehingga proses tersebut betul-betul bersambung dan akan dapati wap portal Maxis dipaparkan. Sekiranya anda tekan joystik kebawah anda dapat lihat berbagai-bagai info melalui wap portal tersebut, dan sekiranya hanya paparan biasa, tanpa gambar-gambar yang berwarna hanya tulisan semata-mata, bermakna ada data yang anda isi adalah salah. Periksa semula setiap data-data, kemudian ulang semula menekan buton 0 selama 5 saat..
SELAMAT MENCUBA DAN TAHNIAH SEKIRANYA ANDA BERJAYA MELAKUKKANNYA.
"~~"Abe Atok
J13

06 Mei 2010

Sejarah Kebun Atok (J13)

Setiap org mempunyai sejarah perjalanan masing2, begitu juga aku. Sebelum aku memulakan pekerjaan aku sekarang ni, aku bekerja kilang selama lebih 15 tahun, Kerja makan gaji beb. Nak buat macamana, aku takder sijil, harapkan sekeping ijazah sarjana muda SRP jer..hu..hu..ape pun tak boleh. Orang lain paling komang pun SPM, Memang ditentukan Qada dan Qadar aku, selama aku kerja dikilang electronik selama lebih 15 tahun tu, aku gunakan untuk memulakan pekerjaan aku sekarang, hasilnya lebih kurang jer dengan gaji terakhir aku masa last kerja dulu tu, bezanya pengalaman lebih mencabar dan aku dapat lari lari tekanan atasan aku, kronisme..tertindas..tapi siapa mahu denar suara seorang pekerja kilang?Mereka lebih dengar suara majikan dari suara kita. Makin berpegalaman, makin bijak korang kendalikan kerja korang, makin r sepupu sepapat menggunakan tekan saikologi. Oh bangsaku...Oleh sebab itu aku lepaskan jawatan aku walaupun aku salah seorang pekerja paling senior kat kilang 2, mau tak punch card aku 0002? Aku lepaskan jawatan maka aku lepaskan gaji 4 angka aku tu..tapi aku gentleman, aku buat secara baik seperti mana aku mula temuduga kerja tu dulu, aku tak bencikan tempat kerja aku tu dulu, tapi pengurus telah bertukar warna hingga sebahagian jadi kucar kacir..lagi plak aku tak cukup bukti mengenai banyak penyelewengan berlaku dikilang 2.. ah..biarkan, sepandai-pandai tupai melompat pasti akhirnya ketanah jua..HR..OH..HR..hidup mewah dimakan sumpah.
Aku mulakan projek aku ni secara berperingkat, Aku ambil cuti, aku pergi daftar syarikat, orang pergi makan aku pula pergi cari dan beli spare part. Hari2 nak balik pak guard tercegat, sebab bonet keta aku penuh dan padat..Masa tu aku buat repair kecill-kecilan jer, mana ada member2  ada hanhphone rosak, dia org bagi aku buat. Charge pun kira kawan2 jer. Sbb masa 2 mana ada tanggungan, nak bayar sewa kedai, bil api, bil air dan mcm2 lagi r. Kat rumah aku buat, kadang2 tidur lewat, kadang2 sampai tak tidur, hu..hu..hu.. Lepas pada tu aku tekad, berbekalkan gaji terakhir aku dengan seutas dua barang kemas bini aku, aku jual buat modal, besarkan projek aku ni, dah la suku dari gaji bulanan aku boleh dikatakan aku belanja utk beli alat2..kesian bini aku, org lain sampai nak patah leher dek kerana barang kemas. tapi bini aku yang cap ayam pun tak der..tapi isteri aku paham kehendak aku, lagi pun aku bukan buat berjudi. Bila betul dah confirm, aku letak jawatan, fokus sepenuh masa projek aku ni. Semua adik bradik aku, keluarga belah isteri aku tentang habis apa yang aku buat. Ah..lantak r diaorang nak cakap ape, selama ni aku tak makan, aku berlapar, aku sakit demam, ada ker dia orang datang jengok aku?? Oh tidak...lagi sekali..oh tidak..beruntungnya aku kerana seorang teman yang sentiasa berada disisi dikala aku mengalami apa juah keadaan dan situasi, isteri aku. Dia tak penah bantah kemahuan aku, malah dia yang selalu beri semangat dan sokong pada aku. 


Kalau korang nak tahu, Inilah tempat mula sumber ilham, ilmu, inspirasi dan rezeki buat aku..aku panggil makmal, work station aku, walaupan tak seperti makmal..masa tu kat bilik rumah aku.. Balik dari kerja, aku mengelamun, aku berfikir aku cari idea dan sumber kat dalam bilik ni.. Aku keluar pun bila terasa lapar dan menunaikan apa2 kewajipan lain.




Setelah yakin dengan sedikit semangat dan kebolehan yg ada, aku terus melangkah kedepan, keluarkan modal menyewa kedai yg mana ruangnya aku pikir cukup bagi mencapai kemahuan aku, dan meluaskan pasaran projek aku, Alhamdulillah, setelah penat mencari kedai utk disewa akhirnya jumpa gak. Nape r asal org kelantan nak buat ape2 susah. Cuba tanya kawasan melayu ramai, kot2 ada, tapi bila dengar slang aku jer terus cakap dah ada org sewa, pergi kawasan satu tempat kat dot..dot..dot, berdekatan tempat aku sekarang ni, kedai dibawah selian belia, pun sama..Katanya peruntukan hanya untuk belia kampung tu jer, tapi sekarang ni aku tengok, cha ya nun alif amik satu kedai, kaf lam ya nga satu kedai, lagi sakit hati Bangla boleh menyewa kat situ..bukan aku nak burukan pengurusan dia tu, tapi mana kata lambang timbang yang dia sanjung2?Tapi alhamdulillah, ketua kg ngan setiausaha dia tak pilih kenegerian, aku RESPEK dia org berdua ni, Wa caya Lu..!!
Ini r rupa kedai tu sebelum aku kerjakan. lokasi berdekatan dengan warung makan.menghadap arah kiblat.


Setelah mendapat kebenaran bertulis dari tuan empunya kedai, aku pecah-pecahkan, aku ketuk, aku pijak, aku paku, aku baling, dan segala macam kerja meranapkan harta yg asal dlm premis ni, dan aku mulakan dengan acuan aku, dibantu rakan aku..


Nota:-
Gambar diambil semasa aku sedang menerajang dinding agar aku merasai ruang yg lebih selesa.

Ini pula sumber dari bahan terbuang ni, aku rembat dlm tong sampah tempat kerja lama aku...almaklum r...modal ciput...hu..hu...hu., tengok r, dah jadi macam tongkang pecah.



Inilah hasil seni pertukangan aku, bidan terjun..tapi nasib baik r plan buat display cabinet tak jadi reban ayam...sumber dari bahan buangan.




Maka terhasillah sesuatu yg selama ni aku pun tak jangka aku boleh buat,mungkin kerana semangat yg membara dan "berkuba-kuba" (loghat kelate), mungkin juga aku dalam keadaan terdesak..




Masa amik gambar ni, mata aku rasa sejuk...sesejuk hati aku kala tu..tak sangka pomen pok punoh macam aku ni dapat menyahut cabaran ayah aku, terima kasih ayah, kata2 semangatmu tidak pernah membutkan rasa putus asa..Ismail Mohd Amin..(Felda Chiku Dua) rumah depan masjid.




Nasib baik r ada member yg sudi sedekahkan baner hotlink sekeping dua, jadi boleh r aku tampal kat kebun aku ni, sekurang-kurangnya orang yg lalu lalang tahu, kebun aku ni jual barang2 keperluan berkaitan alat2 tambahan telekomunikasi..penah gak aku cuba mintak ngn budak2 ejen pembekal talian mudah alih baner atau banting2 yang berkaitan..dia 'royak', demo nak keno ado bore tu, bore ni, keno isi bore tu, kena tandatangan surat ni, tapi perkara yg tak best skali bagi peniaga modal ciput dan yang baru nak blajar ni macam aku ni..."keno tubek pitih"...tup..tup...trima kasih la abe...mulut aku kato...




Akhirnya aku dapat gak baner yg besau2 mcm aku gantung kat kebun aku ni..itu pun dari pembekal aku punya supply topup, tu pun berbuih mulut aku dok mujuk amoi tu...agaknya dia kesian tengok muka aku, tak pun kerana dia bosan nak melayan pertanyaan aku setiap kali jumpa dia untuk amik topup...Alhamdulillah....Bukan senang mau senang..tak susah mau susah...


Jangan kamu berlagak pandai dikalangan orang2 yg bodoh, tapi berlagak bodoh dikalangan orang2 yg pandai..paling teruk kalau ko memandai-mandai..kata ayah aku kat aku..hu..hu..hu..


Salam Satu Malaysia
Abe Atok

12 Julai 2009

Aku Dan Handphone

Aku tak tahu ape aku nk masukkan dlm blog ni, sbb ini first time aku cuber create blog aku sendiri, aku nak rasa gak mcmnana bloger lain rasa kelebihan dan kekurangan bendalah ni..stakat ni ape aku rasa aku ingin brtukar maklumat dan pendapat, kalau boleh berkaitan dgn alat² telekomunikasi..sbb itu hobi aku.. Selama 2 tahun kejer aku membogel mcm² jenis model handphone, dari model nokia sampai sampai model china Mobile, dari jenis yang murah sampai jenis mahal, dari brand cap ayam hingga brand cap itik..tp aku blum puas, wlaupun ada ketikanya aku rasa tertekan dgn smua tu, baik dari segi reka bentuk, ketahanan, hardware, software dan alat ganti, tapi dsbbkan krn hobi, aku relakan juga smua masalah tu menekan prasaan aku..
Cuma ape yg aku bangga dengan hasil kerja aku, dapat juga aku cipta satu software untuk hiburan dlm handphone ni, tapi mungkin juga tidak dipanggil software sbb, aku cuma menambah baik ape yg sedia terpapar dari interface asal dia, tak kisah r, sekurang²nya dapat jgk aku memecahkan formula dia wlaupun mkn masa selama 8 bulan..
korang nak tahu ape dia yang aku buat?Ultramp3.skin he..he.. guna gambar sndiri..warna tulisan pn ikut ska ati nak letak warna ape,kuning, biru, hijau, atau ape sajer r.. mungkin ramai yang boleh buat mcm ape yg aku buat, tp bagi aku sekurang²nya bapak aku sedar aku ni bukan lagi POMEN POK PUNOH (Loghat Qlate) yg dia slalu ckap kat aku masa aku kecik² dulu. Aku nak dia berkongsi banga dgn ank dia ni, wlapun skolah cuma stkat tingkatan 3 jer, hu..hu.. wat ² adik yg dpt blajaq tu. blajaq r sgguh² slagi ader pluang. jgn dh tue mcm aku ni bru nk PK.
Mcm ni r, tujuan aku buat blog ni cma nk kogsi pndapat mengenai aper saje masalah handphone.
yg mana aku tahu aku bagi tahu, yg mana aku tak tahu, korang bagi tahu, yg aku dan korang tak tahu, kite cari r sape² yg tahu, tp bila dh tahu jgn r wat tak tahu...hu..hu..
Mengenai blog ni plak, yg mana korang rasa ape aku perlu tambah, ubah, ejas, atau ape² aje lah,
pada korang yg tak lokek tip dan ilmu tu, tunjuk²kanlah jln buat aku, bukan ape,
Berilmu tak beramal, itu kira salah
Beramal tanpa amal, itu kira sesat.
Yo,
Abe Atok
Nota: Kalau korang nak wat laman web, web hosting no 1 kat malaysia ni, klik kat EBiz kat bawah ni..tengok dulu packet dia, kalau berkenan..tunggu apa lg...produk boleh jual secara online, tidor pun duit masuk..

Amazon.com